Public Gold tak ada kaitan dengan Public Bank atau Public Mutual.

Ramai yang terkeliru disebabkan perkataan Public di depan tu,

Kepada anda yang baru mendengar nama ini, Public Gold adalah syarikat tempatan yang menjalankan urusan jual dan beli emas dan perak fizikal pada harga pasaran semasa. Bukannya tempat menyimpan duit atau membeli emas maya ataupun melabur pada unit amanah.

Mengikut sejarah, pada tahun 2008, Public Gold telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan kini dikenali Public Gold Marketing Sdn.Bhd.

Ibu pejabat Public Gold kini beralamat di : Plot 21, Technoplex Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase IV, 11900 Bayan Lepas, Penang. Kalau anda berpeluang ke Pulau Pinang, bolehlah singgah ke situ. Siap dah ada Muzium sendiri.

Public-Gold-HQ-Penang

HQ Public Gold di Penang [Klik di sini untuk cawangan2 lain di seluruh Malaysia]

Website rasmi public gold ialah www.publicgold.com.my. Anda boleh menyemak harga semasa bagi pasaran emas atau perak. Harga jual/beli emas akan direfresh setiap 20 minit. kecuali harga untuk GAP yang telah saya ceritakan di entri INI.

PG Web page

Website Public Gold

Public Gold adalah sama seperti kedai emas. Anda beli emas, akan dapat emas fizikal berketulenan 999.9 atau 24k sama ada dalam bentuk jongkong atau syilling dinar.

hands of gold

Contoh Gold Bar & Syiling Dinar Public Gold

Cuma kelebihannya adalah perbezaan harga belian dan jualan yang rendah, harga sentiasa berubah mengikut harga pasaran semasa, boleh dibeli melalui talian 24 jam dan tiada GST bagi produk LBMA seperti yang saya ceritakan di sini.

Ia bukan syarikat pelaburan emas yang menjanjikan income bulanan atau hibah. Sesetengah golongan tertentu menamakan hibah agar bunyi nampak Islamik.Anda beli emas, dan anda akan dapat emas. Itu aje.

Oleh itu, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan sendiri, tak ada income bulan-bulan. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high.Kalau berniat nak kaya cepat, minta maaf sebab ia bergantung pada harga pasaran semasa. Kecuali anda berniaga emas. Tapi yang pasti, nilai wang anda terjaga dan untuk long term, Insya-Allah, harganya akan meningkat dan kalis inflasi.

Haris Halim
Public Gold Authorised Dealer
PG045691
019-3520178